"Oh Tuhan.. berikan aku kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan hidup.."
Harapan bersama doa itu amat tinggi.. Kita terus menanti dan berharap agar menjadi manusia yg kuat.. Tapi kita lupa sesuatu bahawa tiap dugaan yg datang itulah yang akn menguatkan kita
Contohnya begini, seorang pemuda yg memilih untuk menjadi seorg tentera. Harapannya tinggi - untuk menjadi seorang lelaki yg gagah & mampu menjadi seorang pelindung kepada negara.. Tapi cukupkah dengan hanya harapan? Sudah tentu tidak.. kerana apa yg harus dilalui adalah latihan demi latihan. Segala bentuk latihan (mental & fizikal) harus dilalui untuk mejadi kuat. Akhirnya selepas suatu tempoh barulah dia mampu mejadi seperti apa yg diingini..
Jadi itu tidak ada beza dengan permohonan kita kepada Tuhan agar menjadi manusia yg kuat mengharungi kehidupan ini.. Kita mohon pd Tuhan untuk menjadi kuat, lalu Tuhan berikan dugaan dan cabaran sebagai latihan kepada kita supaya kita boleh mendidik diri menjadi seorang manusia yg kuat.. Katakan kalo kita seorang yang pemarah mungkin Allah turunkan ujian2 yg akan membuat kita jadi mudah marah & itulah latihan buat diri kita.. Berlatih bagaimana menangani perasaan marah itu.. insyaAllah 1 hari nanti kita tidak lagi menjadi pemarah kerana telah melalui banyak sesi latihan..
Dan buat yg muslim, seperti firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. 2:286)
Ingatlah, ujian dr Tuhan itu adalah berpadanan dengan keupayaan kita sebagai manusia.. Kalau kita merasa tidak mampu bukan bererti kita tidak mampu menghadapinya, cuma kita tidak meyakinkan diri kita bahawa kita mampu menghadapinya...
Let's think about it...